.::Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin. Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat..... dan yang paling rugi ialah orang yang ditinggalkan oleh sahabat::.. ~ AHLaN WaSaHLan Ke BiLeK BiNtU RaHmaN ~

Saturday, September 17, 2005

Persahabatan Dan Cinta ..

Mampukah anda membayangkan persahabatan tanpa cinta? Persahabatan dan cinta adalah teman terbaik kerana di mana ada cinta , Persahabatan selalu berada disampingnya .. Dan dimana ada persahabatan cinta tak selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan persahabatan..

Pada suati hati..Persahabatan terfikir bahawa cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana persahabatan menganggap cinta lebih menarik daripada dirinya..

"Hmmm...seandainya tidak ada cinta,mungkin aku akan menjadi lebih terkenal dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku."fikir si persahabatan.Sejak hari itu persahabatan memusuhi cinta..Ketika cinta bermain bersama persahabatan seperti selalu,persahabatan akan menjauhi cinta..Apabila cinta bertanya kenapa persahabatan menjauhi dirinya, persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan bersedar pergi meninggalkan cinta..

Kesedihan pun menghampiru cinta dan cinta tidah sanggup menahan air matanya dan menangis semahu2nya..Kesedihan hanya dapat termangu memandang cinta yang kehilangan teman baiknya..Beberapa hari tanpa cinta persahabatan mula bergaul rapat dengan kecewa , putus asa , kemarahan dan kebencian .. Persahabatan mulai hilang sifat manisnya dan orang2 mulai tidak menyukai persahabatan..Persahabatan mulai dihauho dan tidak lagi disukai..Walaupun persahabatan cantik, tetapi sifatnya mula memualkan..Persahabatan menyedari bahawa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya..Persahabatan mulai menyesali keadaannya dan saat itulah kesedihan melihat persahabatan dan menyampaikan kepada cinta bahawa persahabatan sedang dalam kedukaan..

Dengan segera cinta berlari dan mengahmpiri persahabatan.. Saat persahabatan melihat cinta menghampiri dirinya , dengan air mata yang berlinang persahabatan pun meluahkan seribu penyesalannya meninggalkan cinta .. Dipendekkan cerita .. persahabatan dan cinta kembali menjadi teman baik.. Persahabatan kembali kepada peribadi yang menyenangkan dan cinta pun kembali tersenyum ceria..Semua org melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan ..

Moral :

Mampukah persahabatan tanpa cinta? Mampukah cinta tanpa persahabatan ? Seringkali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan persahabatan dan cinta kerana mereka berfikir," Kalau persahabatan sudah disulami dengan cinta pasti akan jadi sulit!" Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki dan wanita . Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia , dimana cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai persahabatan . Tanpa cinta , persahabatan mungkin diisi dengan kecewa , benci , marah dan perbagai hal yang membuat persahabatan tidak lagi indah ..

Berhentilah membuat batas antara cinta dan persahabatan , biarkan mereka tetap menjadi teman baik . Yang harus diluruskan adalah cinta bukanlah perosak persahabatan , cinta memperindah persahabatan anda.. Seringkali cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan .. SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya cinta , persahabatan akan semakin menyenangkan ..

Teman2 yang sedang menjalin persahabatanmu dengan cinta . berikanlah cinta yang terbaik dan penuhkannya dengan ketaqwaan untuk sahabatmu ..

Teman2 yang sedang kecewa dengan persahabatan .. Renungkanlah " apakah saya sudah menjalani persahabatan dengan benar?" Dan cubalah memahami erti persahabatan buat hidupmu.. Keinginan , semangat , pengertian , kematangan , kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui
dalam persahabatan ...


Posted @ 6:42 AM

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, September 04, 2005

KETENANGAN dan kebahagiaan hidup tidak boleh diukur dengan wang ringgit, perhiasan mewah dan mahal, istana yang indah atau anak yang ramai. Semua itu boleh menjadi bomerang yang memusnahkan pemiliknya jika si pemilik tidak pandai menggunakannya dengan baik.Adakalanya hidup ini dirasakan tidak bererti, maka ramai yang kesal dengan nasib dirinya, putus asa dan bersedih. Penyakit manusia moden pada hari ini banyak berpunca daripada jiwa. Jika jiwa terasa hampa, akan terdengarlah nyanyian duka yang begitu menyayat hati. Rupanya bukan hanya orang miskin yang menderita penyakit ini, bahkan orang kaya lebih parah dan terdedah kepadanya.

Semua kenikmatan terlalu susah untuk disyukuri apabila ujian Allah datang. Hal ini diungkapkan dalam firman-Nya bermaksud: "Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Ada pun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku." (Surah al-Fajr, ayat 15 dan 16)Sesungguhnya kesedihan itu sering berpunca daripada hilangnya nikmat yang Allah berikan kepada manusia. Isteri kehilangan suami yang berkahwin lain, seorang lelaki yang kehilangan pekerjaan, orang yang diancam hutang, orang tua yang memiliki anak yang derhaka atau remaja yang merasakan tidak dihargai ibu bapanya. Musibah seperti ini jika diterima dengan hati lapang, iman kuat dan kemampuan mengawal perasaan serta sikap positif dan berani akan menjadi tidak bererti pada diri yang terkena musibah.

Seperti firman Allah yang menjadi penghibur kepada jiwa rasul-Nya yang dilanda kesedihan kerana beban dakwah yang berat. Firman Allah dalam surah al-Insyirah ayat 1-6 yang bermaksud: "Bukankah telah kami lapangkan dadamu (wahai Muhammad). Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu. Yang memberatkan bahumu. Dan kami tinggikan bagimu sebutan namamu. Kerana sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kemudahan. Selepas kesusahan ada kemudahan." Yakinilah kalimah Allah yang Maha Suci ini bahawa: "Setiap kesusahan ada kemudahan," mendung dan ribut hujan akan hilang oleh pelangi yang menawan. Kita perlukan sikap berani dalam menerima setiap musibah. Kegagalan hanya suatu proses bagi mendapatkan kejayaan. Islam yang kita banggakan ini mengajar kita untuk melalui musibah dengan beberapa teknik bagi menghadapinya iaitu:Pertama, zikirullah iaitu ingat kepada Allah. Sebutlah nama-Nya, katakanlah kita memerlukan pertolongan-Nya dan reda dengan segala ketentuan-Nya. Pada saat yang menyakitkan itu datang, kembalilah kita kepada Allah. Menangislah kerana bersyukur masih banyak lagi nikmat Allah yang kekal sedia ada pada kita. Bukannya menangis kerana putus asa daripada rahmat Allah. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.Berprasangka baiklah kepada Allah. Ini akan menyejukkan hati.

Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud: "Aku menurut sangkaan hamba-Ku." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)Jika kita menerimanya sebagai kebaikan daripada Allah, maka akan jadi baiklah musibah itu. Tetapi, jika kita meraung dengan penuh kemarahan dan tidak mahu menerimanya, akan datanglah kemurkaan Allah.Antara bentuk kemurkaan-Nya adalah kita dibiarkannya berputus asa, menyakiti diri sendiri, bahkan tertekan. Tanda kemurkaan Allah juga adalah Dia membiarkan kita dengan tidak diberinya hidayah atau petunjuk untuk memperbaiki keadaan yang berlaku ketika itu.Oleh itu berzikirlah dengan penuh keredaan kepada-Nya. Ia seperti yang diajarkan oleh Rasulullah apabila kita mendapat musibah. Bacalah:"Aku reda dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai nabi dan rasulku."Elok juga jika kita renungkan kata-kata hikmah ini: "Redalah kamu dengan nikmat Allah yang sedikit nescaya Dia reda kepada amalmu yang sedikit."Kedua, ubatilah kesedihan dengan berbuat sesuatu yang bermanfaat. Mulakan usaha ini dengan mengatur masa yang baik. Buatlah jadual kegiatan seharian dengan teratur kerana masa begitu bernilai. Jangan rehatkan diri terlalu lama kerana ingatan kepada kesedihan kita akan kembali lagi. Mengemas rumah atau bilik pejabat, menanam bunga dan menziarahi sanak saudara. Membaca juga baik untuk menajamkan akal dan mengubat perasaan. Buku yang paling baik untuk dibaca pada masa itu adalah buku motivasi, sirah Rasulullah dan kisah perjuangan sahabat Rasulullah atau buku mengenai biografi orang yang berjaya.

Kisah cinta yang menyedihkan atau kisah kehidupan yang penuh tragedi dan penderitaan boleh memberi kesan negatif kepada orang yang sedang mengalami kegoncangan jiwa.Senaman badan juga elok untuk memudahkan mengantuk dan tidur malam sehingga bayangan kesedihan tidak akan sempat mengganggu pada malam hari.Ketiga, memaksa hati khusyuk walaupun pada ibadat yang sedikit.Sembahyang lima waktu pada hakikatnya mengingatkan diri kita kepada alam akhirat. Jadikan tikar sembahyang seakan-akan titian sirat, kain sembahyang ibarat kafan, di kanan syurga, di kiri neraka, di hadapan timbangan amal dan di belakang syaitan musuh yang dahsyat.

Maka, kita akan memujuk pada diri sendiri: "Jangan bersedih atas musibah di dunia kerana kengerian dan kedahsyatan akhirat lebih menakutkan berbanding dengannya."Khusyuk bukan pada sembahyang saja, malah dalam sedekah ada khusyuk dalam membaca al-Quran ada khusyuk, puasa dan haji pun ada khusyuk. Kesedaran hati mengenai kehadiran dan pengamatan Allah kepada kita itulah dia khusyuk. Betapa indahnya seseorang yang sentiasa diperhatikan kekasihnya, didengar segala keluhannya, dijanjikan dengan syurga yang penuh kenikmatan serta disembuhkan lukanya dengan kepuasan beribadat kepada-Nya.Keempat, membandingkan musibah pada diri kita dengan orang lain yang menerima musibah yang lebih dahsyat dan menyedihkan.

Betapa beruntungnya kita yang masih dikurniakan nikmat hidup untuk bertaubat kepada Allah. Sentuhan ajaib Tuhan pada hati kita sehingga kita menyedari kesilapan sendiri, itulah pertolongan-Nya. Musibah ini umpama hilangnya sebutir bintang, bukankah masih ada berjuta yang masih berkilauan? Allah mengambil yang sedikit dan memberi terlalu banyak pada kehidupan kita.Bersabar dan kuatkan kesabaranmu, itulah tanda iman yang sebenar-benarnya. Sambutlah hari esok dengan keceriaan kerana hidup ini terlalu berharga untuk ditangisi.
----------------------------------------------
FAKTA
1. Cara menghadapi musibah.

2. Zikirullah iaitu ingat kepada Allah.

3. Ubatilah kesedihan dengan berbuat sesuatu yang bermanfaat.

4. Memaksa hati khusyuk walaupun pada ibadat yang sedikit.

5. Membandingkan musibah pada diri kita dengan orang lain yang menghadapi musibah lebih dahsyat dan menyedihkan.


Posted @ 8:04 AM

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, September 01, 2005

assalamualaikum wbt .........
cinta ? Alah ...senangnya nak diucap tapi susah nak dibuat . fahamkah kamu semua tentang erti sebenar-benar cinta ?
sahabat2ku , Allah ciptakan 100 sifat sayang . 99 sifat diletakkan di sisiNya dan 1 sahaja yang diberi kepada seluruh makhluk . dengan 1 bahagian inilah .semua makhluk berkasih sayang .fahamilah erti cinta sebenarnya ............
Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan.
Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yang bersyariatkan islam.
Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya. Jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang. Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Oleh itu, bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam ?
Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating.
Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati. Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.
Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya.
Kerana atas dasar apa rasa rindu yang amat sangat? Sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman . Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan.
Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya, ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya.
Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa. Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga.
Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata. Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta.
Sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik dan bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya. Maklumlah orang yang dicintai itu seorang yang beriman. Tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah membebel entah apaapa kerana tiada asas malu.
Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman, perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. Sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru. Mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik-baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk dicintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah. Begitu juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita.
Maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan. Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak.
Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik? Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah sekali dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah terfikir di hati mereka "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya cintanya pada aku, akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah Ta`ala" Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan biar beribu bercinta biar satu" tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah "Bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.
Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya.
Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.
Berkata Imam Nawawi: "Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

WaLLahu A'alam ...

wassalam


Posted @ 3:49 AM

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, August 02, 2005

AKHLAK DAN KEPERIBADIAN MUSLIM

Kemulian akhlak adalah satu matlamat yang utama bagi ajaran agama islam.... banyak didalam Alquran dan Assunnah menceritakan tentang kemulian akhlak ....

contohnya sebagaimana sabda junjungan kita nabi muhammad s.a.w tentang tujuan perutusan baginda ke muka bumi Allah ini yang bermaksud;--(SESUNGGUHNYA AKU DIUTUSKAN UNTUK MEYEMPURNAKAN KEMULIAN AKHLAK)... hal ini guja ditegaskan didalam Alquran sebagaimana firman Allah s.b.t yang bermaksud:- (ORANG2 YANG JIKA KAMI TEGUHKAN KEDUDUKAN MEREKA DI ATAS MUKA BUMI INI, MEREKA MENDIRIKAN SOLAT ,MENUNAIKAN ZAKAT ,MENYURUH MEMBUAT KEBAIKAN DAN MENCEGAH DARI PERKARA2 YANG MUNGKAR ,DAN KEPADA ALLAHLAH KEMBALINYA SEGALA URUSAN}

Rasulullah s.a.w juga pernah ditanya tentang apa itu agama, Baginda memjawab :kemuliaan akhlak(husnul khalqi) apabla ditanya tentang apa itu kejahatan baginda menjawab: akhlak yang buruk(su'ul-khalqi) Akhlak yang mulia yag dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti.Oleh itu sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkanhisabnya sabda Rasulullah s.a.w:(TIDAK ADA SESUATU YANG LEBIH BERAT DI ATAS DINERACATIMBANGAN SESEORANG HAMBA DI HARI KIAMAT KELAK SELAIN DARI AKHLAK YANG BAIK)

CIRI2 AKHLAK SESEORANG MUSLIM

Diantara ciri2 akhlak yang sewajarnya menghiasi diri seseorang individu muslim supaya menjadi seorang muslim yag benar2 berakhlak mulia adalah seperti berikut;

1).MENJAUHKAN DIRI DARI MELAKUKAN PERKARA2 SYUBHAT
Seseorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yag dilarang oleh Allah dan juga meng jaukan diri daridari perkara2 yang syubhat,iaitu perkara2 yang samar2 diantara halal dan haramnya .
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; (SESUNGGUHNYA YANG HALAL ITU NYATA DAN YANG HARAM ITU NYATA DAN DIANTARA KEDUA2 NYA ADA PERKARA YANG KESAMARAN YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH KEBANYAKAN MANUSIA. MAKA BARANG SESIAPA YANG MELIHATNYA (dirinya dari segala kesamaran}SESUNGGUHNYA DIA MEMELIHARA BAGI AGAMANYA DAN KEHORMATANNYA .DAN BARANG SESIAPA JATUH KE DALAM KESAMARAN JATUHLAH IA KEDALAM YANG HARAM, SEPERTI SESEORANG PENGEBALA YANG MENGEMBALA DI SEKELILING KAWASAN LARANGAN ,HAMPIR SANGAT (ternakannya )MAKAN DIDALAMNYA .KETAHUILAH BAHAWA BAGI TIAP2 RAJA ADA KAWASAN LARANGAN,KETAHUILAH BAHAWA LARANGAN ALLAH IALAH SEGALA YANG DIHARAMKANNYA. KETAHUILAH BAHAWA DIDALAM SETIAP BADAN MANUSIA ADA SEKETUL DAGING ,APABILA BAIK DAGING ITU BAIKLAH ANGGOTA SELURUHNYA DAN APABILA ROSAK DAGING ITU MAKA ROSAKLAH SEKELIANNYA, KETAHUILAH BAHAWA DAGING ITU IALAH YANG DIKATAKA N HATI)hadis riwayat bukhari dan muslim.

2).MEMELIHARA PENGELIHATAN DAN PANDANGAN
setiap individu muslim hendaklah memelihara pandangan dan pengelihatannya dari melihat perkara2 yang diharamkan oleh Allah .kerana pandangan terhadap sesuatu yang menarik itu boleh merangsangkan nafsu syahwat dan pengelihatan juga merupakan panca indera yang yang membawa kekancah kemaksiatan kepada Allah. Berhubung dengan perkara ini Alquran mengigatkan kepada org2 mukmin supaya sentiasa memelihara dirinya dari melihat perkara2 yang tidakmemberi faedah.
sebagaimana firman Allah yang bermaksud; (KATAKANLAH KEPADA ORG2 MUKMIN LELAKI SUPAYA MEMELIHARA PANDANGAN MEREKA)
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;(PANDANGAN ITU ADALAH SATU PANAHAN DARI PANAHAN IBLIS)

3)MEMELIHARA LIDAH
seseorang muslim hendaklah memelihara lidahnya dari bercakap2 dan berkata2 mengenai perkara2 yang tidak mendatangkan faedah.dan juga memelihara lidahnya dari perbualan yang buruk ,percakapan yang kosong .mengumpat -keji dan fitnah menfitnati.Iman nawawi rahimahullah berkata; 'ketahuilah ,seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidah mereka dari sebarang percakapan yang tidak mendatangkan manafaat kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya ,maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri ,kerana percakapan yang diharuskan mugkin membawa kepada yang haram atau makruh.kejadian demikian telah banyak berlaku tapi kebaikan darinya adalah sedikit". sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:(TIDAKLAH DIHUMBANGKAN MUKA MANUSIA KEDALAM API NEREKA ITU SEBAGAI HASIL TUAIAN JELEK LIDANNYA)
sabda Rasulullah lagi yang bermaksud:(barang sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya,maka barang sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya,dan barang sesiapa yang banyak dosanya api nerakalah tempat yang paling layak bagi dirinya)

4)BERSIFAT PEMALU
seseorang muslm hendaklah ada pada dirinya sipat pemalu dalam setiap keadaan .namun begitu sifat pemalu tersebut tidak seharusnya menghalang dirinya dari memperkatakan kebenaran. diantara sifat pemalu yang dinyatakan oleh islam ialah ;tidak suka masuk campur urusan org lain ,memerihara pandanga .merendah diri ,tidak meninggikan suara ketika bercakap,berasa cukup serta memadai dengan apa yang ada dan banyak lagi.
sabda Rasulullah saw yang bermaksud ; (IMAN ITU MEMPUNYAI TUJUH PULUH CABANG ATAU 60 CABAG ,MAKA YANG PALING UTAMANYA IALAH UCAPAN LAILAHA ILLAH DAN YANG PALING RENDAH IALAH MEMBUANG DURI DITENGAH JALAN .DAN SIFAT MALU IALAH SATU CABANG DARI IMAN. hadis riwayat Al-baihaqi. hakikat malu yang sebenar ialah ;sifat yang mengerakkan seseorang itu meninggalkan kejahatan dan menghalangnya dari mengabaikan hak orang lain.

5)BERSIFAT LEMAH LEMBUT DAN SABAR.
diantara sifat2 yang paling ketara yang perlu ditanam didalam diri setiap muslim ialah sifat sabar dan lemah lembut kerana sifat ini memudahkan usaha2 untuk berdakwah dan menegakkan agama Allah dimuka bumi ini.malahan jalan dakwah sememangnya penuh denga kesukaran dan kepahitan .penyeksaan ,penindasan ,tuduhan ,ejekkan . dengan ini maka sifat sabar dan lemah lembut amat penting bagi menghadapi hal demikian.
firman Allah yang bermaksud:(SESUNGGUHNYA HANYA ORG2 YANG BERSABARLAH YANG YANG DILIPAT GANDAKAN PAHALA MEREKA TAMPA BATAS)surah alzumar ayat 10 sabda Rasulullah saw (SESUNGGUHNYA SESEORANG HAMBA ITU AKAN MENCAPAI DARJAT ORG2 YANG BERPUASA SERTA BERSEMBAHYANG MALAM DENGAN SIFAT LEMAH LEMBUT)

6)BERSIFAT BENAR DAN JUJUR
sesorang muslim mestilah mempunyai sifat benar dan jujur dan tidak berdusta.berkatabear sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan org lain.sifat dusta adalah sifat yang jahat dah hina malahan ianya menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan .seseorang yag memelihara diriya dari berdusta bererti dia telah menjaukan dirinya dari was-was syaitan dan lontaran2nya.dan juga menjadikan jiwa seseorag itu sentiasa bersih .oleh kerana itu islam mengharamkan sifat dusta dan menganggapnya sebagai satu penyakit dari penyakit hati yag dilaknat.
sabda rasulullah saw yang bermaksud:-(SESUNGGUHNYA SIFAT BENAR ITU MEMBAWA KEPADA KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN DAN SESUNGGUHNYA KEBAJIKAN ITU MEMBAWA KEPADA SYURGA. SESEORANG YANG SENTIASA BERSIFAT BENAR HINGGALAH DICATAT DI SISI ALLAH SEBAGAI SEORANG YANG BENAR.DAN SESUNGGUHNYA SIFAT DUSTA ITU MEMBAWA KEPADA KEZALIMAN (KEJAHATAN)DAN KEJAHATAN ITU MEMBAWA EPADA NERAKA .SESEORANG LELAKI YANG SENTIASA BERDUSTA SEHINGGALAH DICATAT DI SISI ALLAH SEBAGAI SEORANG PENDUSTA) hadis muttafaqul alaihi.

7)BERSIFAT RENDAH DIRI (TAWADHU')
seseorang muslim mestilah bersifat rendah diri ( tawaddu')khususnya terhadap saudara2 yang muslim dengan cara yang tidak membezakan samada yang meskin atau kaya.Rasulullah sendiri pun memohon perlindungan kepada Allah dari sifat takbur (membangakan diri)
sabda Rasulullah saw yang bermaksud:-(TIDAK AKAN MEMASUKI SURGA SESIAPA YANG ADA PADA HATINYA SEBESAR ZARRAH SIFAT TAKBUR)

8)MENJAUHI DARI SANGKA BURUK DAN MENGUMPAT .
seseorang muslim mestilah menjaukan dirinya dari bersangka buruk terhadap org lain dah juga menjauhkan dirinya dari mengumpat.sebagaimana yang dinyatakan dalam Alquran berkenaan hal ini.
firman Allah yang bermaksud:-(WAHAI ORG2 YANG BERIMAN JAUHILAH DIRI KAMU DARI PERASANGKA,SESUNGGUHNYA SEBAHAGIAN DARI PERASANGKA ITU ADALAH DOSA DAN JANGANLAH KAMU MENCARI2 KESALAHAN ORG LAIN.SUKAKAH SALAH SEORANG DIANTARA KAMU MEMAKAN DAGING SAUDARANYA SENDIRI YANG MATI?,MAKA TENTULAH KAMU MERASA JIJIK KEPADANYA.DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH SESUNGGUHNUA ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT LAGI MAHA PENYAYANG)surah Alhujarat ayat 12

9)BERSIFAT PEMURAH.
Seseorang muslim juga mestilah bersifat pemurah ,sanggup berkorban dengan jiwa raga dan harta bendanya pada jalan Allah , diatara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang berkedudukan serta berpangkat yang terjerumus dari jalan Allah.
sabda Rasulullah saw yang bermaksud:(TIDAK ADA SUATU HARI PUN YANG DILALUI OLEH HAMBA KECUALI HARI2 YANG DIDATANGI OLEH DUA MALAIKAT LALU SEORANG DARIPADAYA BERDOA: YA ALLAH ,BERIKANLAH GANTI KEPADA SI HAMBA YANG MEMENAFAATKAN HARTANYA . MANAKALA MALAIKAT YANG KEDUA BERDOA:YA ALLAH BERIKANLAH KEBINASAAN KEPADA SI HAMBA YANG BAKHIL INI)

10. QUDWATUL HASANAH (CONTOH TELADAN YANG BAIK)
seseorang muslim juga mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada org ramai.segala tingkah lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip2 islam serta adab2 nya seprti dalam hal makan minum , cara berpakaiana,cara tidur,pertuturan dan lain2 lagi .

firman Allah taala yang bermaksud:
(SESUNGGUHNYA BAGI KAMU PADA DIRI RASUULLAH ADALAH CONTOH IKUTAN YANG BAIK)

WALLAHUA'LAM





Posted @ 3:20 AM

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, August 01, 2005

testing


Posted @ 5:26 AM

~~~~~~~~~~~~~~~~~

.::SeLamAt DaTanG Dan SaLam UkHuwAh DarI bInTu RahMan::.. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~

:: TenTaNgKu ::

~ SayaNg CoMbi ~
~ MiDdLe EaSt ~
~ Al-AzHaR UniVerSitY ~
~ ThEoLoGy ~


~ AnDaI AkU ~



....Andai aku
Bisa mengulang kisah silam
Pasti ku mencuba
Mengukir kembali
Kisah kehidupan diri ini

Ohooo..
Andai aku
Bisa diberikan peluang
Pasti ku mencuba
Menggapai impian
Yang selama ini kucita

Namun hanya
Harapan yang kita impikan
Tak mungkin terjadi walaupun hanya seketika
Ia kan tetap berlalu

Ohooo..
Harus aku
Biarkan semuanya berlaku
Walau ku tersiksa
Hadapi segala
Sudah suratan yang Maha Esa

Redha menerima segala rintangan
Jadi pedoman kesilapan lalu
Kupohon Restu Cinta yang Satu
Kupercayakan pada KudratNya



~~~~~~~~~~~~~~~~~~

:: AsHabi ::

SweeT3310 ~ asBat ~ FiRdAuS ~ uMmU ~ habeeb ~ zulpahang ~ geMa WahYu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

:: ImtIhaN LagI ::

~ 19.12 > OraL HadItH ~
~ 20.12 > RePeaT PaPer ~
~ 25.12 > TafSir ~
~ 28.12 > HaDiTh ~
~ 01.01 > ULum HadiTh ~
~ 04.01 > siRah ~
~ 15.01 > TauHid ~
~ 18.01 > FiqH ~


Ya AllaH .. NajaHkanLah haMbaMu nie .. amin

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

#
August 2005
#
September 2005


~~~~~~~~~~~~~~~~~~

:: JoM HiwAR ::





Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com